Ahad, 1 Mei 2011

Pesta Unggas Antarabangsa 2011....part 3

Tak Kira Bangsa dan agama malah jantina....Pertandingan Kesenian Ayam Serama akan menjadi perhatian umum....terima kasih diucapkan kepada mereka yang datang sekadar untuk melihat sendiri betapa uniknya Ayam Serama ini....

Seperti biasa.....kekalutan dimeja pendaftaran.Peserta diwajibkan mendaftarkan ayam masing-masing untuk menyertai pertandingan kesenian ayam serama........
Peminat yang musykil akan kategori yang akan dipertandingan boleh bertanya kepada pengadil atau petugas pertandingan.Ini memastikan agar Ayam Serama mereka tidak akan salah kategori untuk menyertainya.Timbangan disediakan untuk memastikan ayam serama mereka cukup timbangan bagi kategoti anak 'A',anak 'B',serama 'A' dan serama 'B' yang mana syarat pertandingannya adalah mengikut timbangkan......


Haahhh....Inilah salah seorang peminat seni suara burung candik yang datang untuk melihat sendiri keunikan Ayam serama dan telah menimbulkan rasa minat kepada Seni Ayam Serama



Masih di sekitar meja pendaftaran......peserta sering bertemu dan bertegur sapa setiap kali pertandingan kerana disini mereka akan bertemu rakan taulan yang berada jauh dimata.Pertandingan Kesenian Ayam serama akan mengeratkan lagi tali siratul-rahim antara kita.....


Tambah Video

Tiada ulasan:

Catat Ulasan