Selasa, 26 Januari 2010

HURAIAN PERMASALAHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Di pinta peminat-peminat ayam serama agar bertenang dan janganlah bergaduh,mengata sesama sendiri.Ini semua bukan mencerminkan budaya kita yang penuh dengan budi bahasa.
Di sini pihak KERISMA ingin menjelaskan keadaan yang amat keruh sesama kita.Telah dicatitkan bahawa kami memenuhi keperluan dengan pihak Kerajaan Negeri untuk menganjurkan pertandingan kesenian ayam serama yang dikira "BON KECIL",tidak setanding dengan bon di trengganu.Walaupun sudah dimaklumkan kepada pihak Kerajaan Negeri bahawa 30 januari ada pertandingan ditrengganu,pihak Kerajaan Negeri tetap meminta untuk menjayakan program pertandingan seni suara burung murai batu dan burung murai kampung.Setelah berbincang kami bersetuju untuk mengadakan bon kecil ini.Mengapa sesetengah kita menuduh dan mencerca kami dengan kata-kata menyakitkan hati.Kalau peminat masih ingat pada 10.10.2009 kami mengadakan pertandingan ayam serama peringkat ASEAN yang mana telah menelan belanja sebanyak RM 24,000.Poster telah diedar dua bulan sebelum pertandingan,tapi disaat akhir ,penganjur dari Trengganu telah menganjurkan pertandingan ayam serama pada hari yang sama.Walaupun ada perbincangan dari pihak kami supaya penganjur dari KT membatalkan tapi usaha kami sia-sia sahaja.Akibat dari tindakan mereka kami telah kerugian sebanyak RM 14,000,satu jumlah yang amat besar.Namun tidak pula ada bunyi suara-suara yang membela kami.Dimana orang seperti sham,1m'sia dan aye berada?????Siapa yang cari pasal???????????????Cerminkan dulu diri sendiri.........
Apa yang kami dapat adalah salah KERISMA tidak berbincang dengan KT.KERISMA yang cari pasal,apa ini semua....?Kerana ada segelintir manusia yang memburuk-burukan kami,menjual kata-kata nista semata-mata kepentingan peribadi.
Lagi pun pertandingan ini akan memberi peluang kepada peminat dari Kelantan yang tidak dapat hadir ke KT untuk bersama menyertai pertandingan.Bukan semua peminat ayam serama yang akan keKT.
Kami mencipta blog ini bukan untuk tempat mengata dan mencerca,sifat seperti anda itu yang akan membinasakan anda.Blog ini untuk info dan maklumat kepada peminat ayam serama untuk mengetahui hal-hal yang berkait dalam dunia ayam serama.Bukan ikut suka hentam saja.....Buanglah sifat-sifat yang tidak baik agar kita hidup dalam aman dan damai.
Jua kedengaran suara-suara yang mengatakan bahawa akan ada perlawanan(pertindihan pertandingan) pada 14 Feb 2010 ini.Ingin dijelaskan bahawa kami Kerisma akan tetap dengan perancangan untuk meneruskan perjuangan kami walau kami dicerca atau diboikot oleh segelintir individu.Hanya sekumpulan peminat ayam serama yang berterima kasih kepada kami.Kerana merekalah KERISMA terus berdiri.
Diingatkan jua bahawa, ada induvidu-induvidu tertentu yang sedang cuba sedaya upaya untuk menjatuhkan KERISMA.Disini di sarankan kepada peminat semua agar berhati-hati dengan mereka ini,jika ada apa-apa permasalahan terus sahaja menghantar e-mail kepada kami,bertanyakan sendiri apa yang tidak puas hati,biar jawaban itu terus dari mulut kami.
Kerisma amat mengalu-alukan teguran yang membina bukan kata-kata cerca dan maki.
Akhir kata,Kami dari Kelab KERISMA memohon kemaafan diatas kekasaran bahasa ini ,kekadang itu kesabaran kita ada takatnya......ingatlah

Isnin, 25 Januari 2010

PENGUMUMAN PERTANDINGAN TERBARU DI TAMAN ORKID

DI MAKLUMKAN KEPADA SELURUH PEMINAT AYAM SERAMA BAHAWA KELAB KERISMA AKAN MENGANJURKAN SATU SIRI PERTANDINGAN KESENIAN DAN KECANTIKAN AYAM SERAMA DI TAMAN ORKID BAGI MEMENUHI TUNTUTAN PIHAK TIC YANG MANA MEMINTA PIHAK KELAB KERISMA MENGADAKAN PENGANJURAN AYAM SERAMA UNTUK MEMERIAHKAN LAGI ACARA PERTANDINGAN SENI DAN SUARA BURUNG MURAI BATU DAN KAMPUNG ANJURAN TIC PADA HARI TERSEBUT.
HARAP MAKLUM