Selasa, 16 Mac 2010

Maafkan Kami dari KERISMA

Dikesempatan yang ada ini kelab KERISMA menyusun sepuluh jari-jemari memohon setulus kemaafan kepada kelab serama Batu Pahat kerana kami dari Kelab KERISMA tidak dapat hadir pada hari pertandingan kesenian dan kecantikan Ayam Serama anjuran Peminat Batu Pahat dengan alasan keuzuran presiden kami,Abg Soh dan ditambah dengan musim kenduri kaum keluarga yang terdekat.
Sehubungan itu kami dari Kelab KERISMA merakam jutaan kemaafan sekali lagi kepada peminat Batu Pahat.Semoga perhubungan dan persahabatan ini tak akan musnah disebabkan pekara ini.Insyallah.......

Sabtu, 13 Mac 2010

Siapa Benar Siapa Salah

Akhirnya Geng PC telah membuat satu kesilapan yang amat besar dimana telah mengeluarkan poster pertandingan kesenian dan kecantikan ayam serama yang tarikh dan masa bersimbung dengan penganjuran kami kelab KERISMA iaitu 10.4.2010.
Dimana silap kami hingga Geng PC berperang dan bermusuhan dengan kami?Setelah penganjuran mereka pada dulu tidak berjaya, mereka menyebarkan fitnah bahawa kami yang memboikot pertandingan mereka.Jika benar dakwaan mereka,silalah kemukakan bukti yang kami memboikot pertandingan itu.Jika benar,mengapa Presiden kami sanggup membaiki dan mempercantikan ayam serama yang akan kepertandingan tersebut.Kalau sekadar menyebar fitnah,maka jawablah kepada Tuhan esok hari kerana hari pembalasan itu akan tiba kelak.
Dengar khabar geng PC telah menubuhkan kelabnya sendiri tapi jika penubuhan kelab itu untuk bermusuhan dan memporak-perandakan,apalah gunanya dan hanya menambah dosa yang tak terkira banyak dan beratnya.Ingatlah,kita manusia sampai masa akan mati jua,namun dosa antara manusia maka tiada kemaafan dari Tuhan.Hanya "tuan" yang berhak memaaf kesilapan kita dan menghalalkan sumber pendapatan kita dengan cara menipu .
Sekarang,terpulanglah kepada peminat menilai siapa yang benar siapa yang salah dan sejauh mana isi hati mereka,lambat laun seni ayam serama ini akan terkubur jika kita tidak menanangi dengan bijak.Mereka telah mengistiharkan peperangan dengan KERISMA.Mereka cuba merosakan seni ayam serama dan kelab KERISMA dengan pelbagai cara ,namun kami akan cuba bersabar tapi kesabaran kami ada batasnya.
Jadi dikesempatan yang ada,kami meminta peminat ayam serama dari seluruh negeri agar bersatu dengan kami untuk menahan asakan anasir-anasir jahat yang telah mula merebak diantara kita.Sila hantar komen dan pandangan anda di kelabkerisma@yahoo.com sebagai respon anda kepada kelab KERISMA.Dan kami dari kelab KERISMA merakam jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada seluruh peminat yang masih setia bersama kami.
Sekian Terima Kasih

Sabtu, 6 Mac 2010

Sokongan kelab KERISMA dan peminat Ayam Serama kepada DYMM Al Sultan Kelantan


Sebahagian ahli kelab Kerisma dan beberapa peminat Ayam Serama berkumpul untuk
menyambut kepulangan Kebawah DYMM AL Sultan Kelantan dari menjalani rawatan kesihatan
di Singapura
Peminat sanggup berjemur panas menanti kepulangan Kebawah DYMM Al Sultan Ke tanah air.