Rabu, 24 Februari 2010

Pertandingan kesenian ayam serama terbaru 10 April 2010

Ini adalah Poster Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama anjuran TIC bersama kelab KERISMA yang akan berlangsung pada 10 .4.2010 di Pasar Kraf dan Flora,Padang Tembak.Yuran Penyertaan adalah sebanyak RM 35 seekor.
Sama-samalah kita menjayakan Program ini untuk menjadikan Seni Ayam Serama ini lebih bernilai."datanglah beramai-ramai,pasti berbaloi"

Jom ke K.L

Adalah dimaklumkan kepada peminat-peminat Seni Ayam Serama dari Kelantan,pihak pengurusan Kelab KERISMA telah menyediakan sebuah bas untuk rombongan ke Pertandingan Kesenian Dan Kecantikan Ayam Serama di Tasik Titiwangsa,K.L Yang dianjurkan oleh sahabat kita En Azhar dari AD-FARM pada 27 MAC 2010.Sehubungan itu kepada Peserta yang berminat untuk menyertai rombongan ini boleh mendaftar dengan En Hassan Yakubiah selaku AJK Perhubungan Awam dari Kelab KERISMA ,no talifon : 019 923 9286.Bayaran tambang adalah sebanyak RM 70 pergi dan balik dan akan diberi sehelai baju berlogokan Kelab KERISMA.Pendaftaran di buka sekarang,sekian terima kasih.

Isnin, 15 Februari 2010

Sekapur Sirih

Sekali lagi Pihak Pengurusan Kelab KERISMA merakam jutaan Terima Kasih Kepada peserta yang datang dari seluruh negeri,tak kira kaum dan bangsa bersama-sama dengan satu hajat,satu impian untuk menyertai Pertandingan Kesenian Dan Kecantikan Ayam Serama sempena Tahun Mengenali Kelantan 2010 anjuran TIC bersama Kelab KERISMA.
Tanpa Peminat sekalian tak mungkin penyertaan yang telah mencecah 612 penyertaan ini akan berjaya.Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada Ilahi yang memberi berkat dan iradat untuk kita semua berkumpul disini.
Kami menyusun 10 jari jemari jika terkasar bahasa,tersalah kata dan terlanjur adab yang mana kami semua ini adalah manusia biasa yang tak dapat lari dari lumrah hidup ini.Bantulah kami,tegurlah kami jika kami tersalah pada pandangan mata peminat semua.
Semoga kita akan akan bertemu lagi dipertandingan lain dan usaha kita ini akan kita perolehi kejayaannya dimasa hadapan,INSYALLAH...

Peserta Paling Sporting....


Ini adalah adik kita yang paling kecil yang menerima hadiah,namun pada pandangan editor,inilah peserta kita yang paling sporting,nampak kecil tapi gagah....

Para Jaguh Kita

Kesemua Para Johan akan membawa pulang Hadiah Wang Tunai sebanyak RM 500.00


Para Tuan Jaguh Serama





Penutup


Cenderahati dari Kelab Kerisma Yang disampaikan oleh En Shukri dari Tic Kepada Hj Shafie


Pihak Kelab Kerisma ingin merakamkan jutaan Terima kasih yang tak terhingga kepada seluruh peminat Ayam Serama Yang datang tak kira dari mana atau bangsa yang mana telah menjayakan program Pertandingan Kesenian & Kecantikan Ayam Serama sempena Tahun mengenali Kelantan 2010.Semoga dan harapan dari kami agar Ini semua akan membawa manafaat kepada diri dan negara kita.

Sebahagiah Hadiah Yang ditawarkan Kali ini




Pembukan Majlis Pertandingan Kesenian & Kecantikan Ayam Serama Pada 14 Feb 2010

sebahagian urusetia pertandingan bersalaman dan beramah mesra dengan tetamu VIP

Ketibaan Timbalan SUK(Pengurusan)Merangkap setiausaha Agung Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan bersama isteri,yang disambut oleh En Shukri dari TIC bersama Presiden KERISMA dan urusetia Pertandingan

Cabutan Bertuah

Adik kita dari Tawang Bachok yang amat bernasib baik menerima Hamper Cabutan bertuah


Abg Kita dari Tanah Merah Yang memenangi Cabutan Bertuah Wang Tunai RM 500.00

Peserta yang bernasib baik memenangi waqng tunai RM 1000.00

Adik manis kita memenangi Wang Tunai RM 1500.00,kalau tak silap ini adalah anak kepada Encik Azhar(AD-FARM).

Mie dari Kuzai Group yang mana Paling bertuah,memenangi cabutan Bonanza,Wang Tunai RM 3000.00.
sebahagian ayam serama yang menyertai pertandingan kali ini




KRU GEGAR dari THR.FM turut memberi liputan pada pertandingan Ayam Serama kali ini,kami tidak dapat menyiarkan suasana meriah yang diadakan oleh kru gegar kali ini



Peserta ketempat dimana Markah dipamirkan untuk mengatahui kedudukan & markah Ayam serama masing-masing



Beginilah keadaannya bila markah telah dipamirkan,masing-masing hanya menumpu kepada markah ayam serama yang menyertai pertandingan kali ini dan ada yang ingin tengok markah ayam serama yang berkenan dihati.Inilah langkah terbaik sebelum peminat ingin membeli ayam serama yang dikategorikan "mahal".


Ini adalah member Peminat Ayam Serama dari Johor yang datang begitu jauh memberi sokongan kepada KERISMA>Terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan

Orang Ramai kemeja pendaftaran untuk mendaftar ayam masing-masing




Para Petugas sedang menjalankan tugas yang diamanahkan

Salah satu Ayam Serama Yang Cantik sedang diadili oleh Pengadil R7

Galeri Peserta

Pengadil sedang menjalankan pemarkahan,sementara para peminat amat khusuk dengan menonton gelagat ayam masing-masing diatas meja pemarkahan

Anak kecil masih setia menemani papa dan memberi sokongan padu kepada si ayahnya

Best Of The Best





Galeri Best Of The Best-14.2.2010

Orang ramai ketempat berlangsungnya best of the best kali ini


Tuan Ayam Serama kelihatan amat bersemangat memberi sorakan kepada ayam Masing-masing

Inilah Ayam(SERAMA B)yang telah dinobatkan sebagai best of the best