Isnin, 15 Februari 2010

Sekapur Sirih

Sekali lagi Pihak Pengurusan Kelab KERISMA merakam jutaan Terima Kasih Kepada peserta yang datang dari seluruh negeri,tak kira kaum dan bangsa bersama-sama dengan satu hajat,satu impian untuk menyertai Pertandingan Kesenian Dan Kecantikan Ayam Serama sempena Tahun Mengenali Kelantan 2010 anjuran TIC bersama Kelab KERISMA.
Tanpa Peminat sekalian tak mungkin penyertaan yang telah mencecah 612 penyertaan ini akan berjaya.Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada Ilahi yang memberi berkat dan iradat untuk kita semua berkumpul disini.
Kami menyusun 10 jari jemari jika terkasar bahasa,tersalah kata dan terlanjur adab yang mana kami semua ini adalah manusia biasa yang tak dapat lari dari lumrah hidup ini.Bantulah kami,tegurlah kami jika kami tersalah pada pandangan mata peminat semua.
Semoga kita akan akan bertemu lagi dipertandingan lain dan usaha kita ini akan kita perolehi kejayaannya dimasa hadapan,INSYALLAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan