Khamis, 31 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010



Selamat Tahun Baru 2010 diucapkan kepada seluruh peminat Kesenian & Kecantikan Ayam Serama yang tak kira dimana berada.Dengan perginya 2009 yang penuh dengan kenangan manis dan pahit maka terciptalah azam baru,semangat baru dan perjuangan baru.Kesilapan yang lalu jadikanlah iktibar pada azam kali ini dan jadikan lah kebaikan sebagai tauladan dan pedoman untuk melangkah ke tahun 2010 yang sememangnya menjanjikan pelbagai dugaan dan cabaran.Usahlah kita memburukkan lagi keadaan yang keruh,mencelarukan sesuatu yang kusut dan memburukkan keperibadian orang lain.Jagalah diri kita sendiri agar tidak diperkatakan orang,jangan pula kata dulang paku serpih....
Semoga kita semua akan mendapat rahmat dan kebaikan dengan niat yang kita lakukan selama ini.Marilah sama-sama bermuafakat,bantu membantu,tolong menolong agar diri kita akan mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
Akhir kata,Selamat Maju Jaya dan Selamat Tahun Baru 2010....
KERISMA

Isnin, 28 Disember 2009

PERTANDINGAN KESENIAN DAN KECANTIKAN AYAM SERAMA TERBARU 14. 2 . 2010 ANJURAN KELAB KERISMA

POSTER PERTANDINGAN TERBARU ANJURAN KELAB KERISMA YANG AKAN BERLANSUNG PADA 14 FEB 2010 IAITU HARI AHAD SEMPENA TAHUN MENGENALI KELANTAN 2010.KERISMA SANGAT BERTERIMA KASIH JIKA PEMINAT AYAM SERAMA MEMBERI RESPON ATAU MAKLUMBALAS MENGENAI PERTANDINGAN INI.APA-APA JUA CADANGAN AKAN DIGUNA PAKAI JIKA MESYUARAT AJK KERISMA MELULUSKAN CADANGAN ATAU PANDANGAN ANDA.
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMERIAHKAN ACARA PEMBUKAAN TAHUN MENGENALI KELANTAN 2010.

Galeri Penutup Pertandingan 26.12.2009

pemenang menerima hadiah dari Presiden KERISMA

Barisan para Pengadil PERKAS yang di beri tangungjawab untuk mengadili ayam serama pada kali ini
Barisan Ahli Kelab KERISMA yang bertugas di meja pendaftaran


Gambar Ayam yang menyertai Pertandingan kali ini
Orang ramai bersurai setelah majlis penutup telah disempurnakan. Terima kasih tak terhingga kepada peserta dan penonton yang hadir.
Dipohon kemaafan diatas segala kesalahan dan kesilapan yang timbul walaupun kami dari kelab KERISMA membuat yang terbaik untuk anda,namun kami jua adalah manusia biasa yang tidak terlepas untuk membuat kesilapan.Terima kasih diatas sokongan anda pada kami.Semoga kita semua akan mendapat manafat dari hasil usaha kita.
Hantarlah komen dan kritikan anda kepada kami agar kami dapat membaiki lagi mutu pertandingan di masa hadapan.Cadangan anda akan dibawa ke meja mesyuarat Kelab KERISMA.Insyallah.

Cabutan Bertuah


Kaum Ibu yang hadir memberi sokongan telah diberi penghormatan untuk membuat cabutan bertuah

Pemenang Cabutan Bonanza

Peserta yang amat bertuah yang telah mendapat Cabutan Bonanza berupa wang tunai RM 1000.00.Boleh belanja sakan lah bang malam ni

Peserta yang di nobatkan sebagai JOHAN setiap kategori yang dipertandingkan






Sebahagian peserta yang telah mendapat gelaran JUARA pada hari ini.Tahniah kepada para pemenang.

Majlis Penyampaian Hadiah






Majlis penyampaian hadiah kepada peserta yang di sempurnakan oleh En.Shukri dari T I C

Johan Best Of The Best-serama tanpa lawi

Michine Gun telah dinobatkan sebagai pemenang Best Of The Best pada pertandingan kali ini mengalahkan jaguh-jaguh lain dengan undian 5-0. Tahniah bang....Pemenang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 100.00 dari En.Shukri,"orang kuat" dari Pusat Penerangan Perlancongan Negeri Kelantan (T I C )


Para Pengadil dari kelab Pengadil PERKAS sedang mengadili BOTB.Orang ramai bersorak untuk memberi sokongan kepada ayam serama pilihan mereka

Acara Best Of The Best


Johan Serama "A",serama "B",serama Muda'Serama Remaja dan Serama Tanpa Lawi sedang berentap untuk merebut Gelaran BEST OF THE BEST

Salah seorang peminat ayam serama yang amat setia dengan KERISMA-Tok Teras di beri nama

Orang Ramai melihat markah ayam serama yang sudah diadili oleh pengadil

Galeri acara 26.12.2009


Dapat kita saksikan Gelagat para peserta yang amat "khusuk" melihat sijaguh sedang beraksi.Tidak kira usia dan kaum yang datang memberi sokongan kepada kelab KERISMA pada hari tersebut.Terima Kasih daun keladi,nanti datang lagi.Si anak kecil juga hadir memberi sokongan kepada si bapa yang menyertai pertandingan ini.


Jangan terlupa pula kita pada si anak kecil yaa...



Semasa pertandingan sedang dijalankan (26.12.2009)









Orang ramai ketapak pertandingan untuk melihat aksi-aksi ayam serama yang dipertandingan

ACARA PERTANDINGAN AYAM SERAMA PADA 26.12.2009 ANJURAN KELAB KERISMA



Ketika awal pagi semasa waktu pendaftaran dibuka.Para peserta ke meja pendaftaran untuk menyertai pertandingan ini.

Sabtu, 26 Disember 2009

Sokongan dan bantuan dari Kelab KERISMA pada hari pertandingan di KEDAH


Pengiraan Markah dan Pemilihan sedang dijalankan oleh urusetia yang dilantik oleh penganjur.