Selasa, 15 Disember 2009

Ucapan Presiden KERISMA



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh peminat ayam serama yang tak kira dimana berada.Alhamdulilah ,syukur kita kepada Allah Yang Maha Esa yang telah memberi
peluang dan rezeki kepada kita semua melalui penjualan ayam serama yang mana kini menjadi pilihan sampingan untuk menjana pendapatan.
Saya Shafii Ismail (Abg. Soh) sebagai Presiden Kelab Peminat Warisan Kesenian & Kecantikan Ayam Serama Kelantan (KERISMA) ingin megucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga diatas sokongan dan bantuan peminat ayam serama kepada kelab KERISMA yang mana dengan bantuan anda semua telah menjadikan kelab KERISMA kekal dan utuh sehingga kini walaupun ada sesetengah pihak yang cuba untuk menjatuhkan KERISMA.
Dan dikesempatan yang ada ini saya menyeru kepada seluruh peminat ayam serama agar sama-sama bantu membantu,tolong menolong demi memertabatkan kesenian ayam serama ini sehingga keperingkat antarabangsa yang akan membawa keuntungan kepada kita semua.Buanglah hasad dengki dan batu api yang tidak membawa apa-apa feadah kepada kita semua.
Akhir kata,bantulah KERISMA dengan teguran dan nasihat membina agar kita semua akan mendapat manafaat dari usaha kita selama ini.
Sekian wasalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan